Monday, November 27, 2023

RUJUKAN

 

RUJUKAN


EDITOR

 

NAMA AHLI KUMPULAN

( INTAN PAYUNG KESAYANGAN )


Slogan : "PERPADUAN RAKYAT TERAS KEJAYAAN BERSAMA"


Nama Pensyarah : PUAN ARYADA BINTI MAHMAD




NAZIHAH BINTI ABU BAKAR
04DAD21F1003
DAD5B




MUHAMMAD HAZMI BIN MUSTAFA BAKRI
04DAD20F2054
DAD6A




DANISH ADAM BIN HILMEE
04DAD20F2030
DAD6A




LIEW HONG PIN
04DAD20F2042
DAD6A

KESIMPULAN

 

KESIMPULAN



Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. 

DEFINISI

 

DEFINISI PERPADUAN





Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.


KEPENTINGAN

 

KEPENTINGAN PERPADUAN




'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.


Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.


Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

CIRI-CIRI


 CIRI-CIRI PERPADUAN



1) Merapatkan hubungan perpaduan antara kaum


2)Menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat


3) Memupuk semangat patriotik antara kaum


4) Mewujudkan sikap bekerjasama dan saling menyayangi dalam masyarakat berbilang kaum


5) Membentuk masyarakat yang harmoni

SOALAN-SOALAN LAZIM

  SOALAN-SOALAN LAZIM   Apakah kesan positif kepelbagaian etnik terhadap pembangunan Malaysia?  Apakah peranan media massa dalam mengukuhkan...